wawaddah

Thursday, September 11, 2008


Salam Reformasi n Makka Sakti

Blog ni khas kepada Teman-teman seperjuangan Sahabat2 Muslimin n muslimat yang sekarang berhadapan dengan exam tak lama lgi.Tidak lupa yang ingin mengambil mana-mana kompenan dalam Blog ini hendaklah memberi tahu dahulu kerana Blog ini di lindungi oleh Pihak Akta Keselamatan Dalam Negeri Je.....Luar tak pe!!!.Ni ym arelang86@yahho.com.Msj je 0175891117



Selamat Menyambut Ramadhan al mubarak.
Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin menyampaikan ucapan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.Semoga Ramadhan tahun ini menjadi penebus dosa kita bersama.Pada tahun 1997 (1 Ramadhan) merupakan tarikh pelancaran MLM HPA di pesada dunia peniagaan.Kita memilih bulan Ramadhan pada ketika itu kerana kita yakin dengan keberkatan Ramadhan dan pertolongan dari Allah dari jalan yang tidak diduga duga.Setelah 11 tahun kita sama menempuh duri dan badai akhirnya hari ini kita dapat menyaksikan betapa kehaziran HPA di tengah tengah masyarakat telah diterima malah mendapat sokongan padu dari setiap lapisan masyarakat.Semoga Ramadhan kali ini membuka pintu kedua buat HPA mencipta sejarah bagi mewakili ummah.InsyaAllah.

Wednesday, September 10, 2008




Berminat menjadi Ahli HPA
Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan 1. Sementara Pengarah Urusan II adalah isteri beliau sendiri iaitu Puan Hjh. Norhayati binti Ahmad
.Sila taipkan namaalamat ke 0175891117

Amalan 5 Perkara Positif
Writing by amar on Saturday, 21 of June , 2008 at 4:22 pm
Kita diberikan PILIHAN untuk memiliki kehidupan yang POSITIF ATAU NEGATIF. Kita boleh fokus pada MASALAH atau menjadikan masalah SEBAGAI TITIK CABARAN untuk memajukan diri atau BERUBAH. Malah kita boleh menumpukan untuk menjanakan ENERGI YANG POSITIF atau ENERGI NEGATIF terhadap segala isu kehidupan. SEGALANYA TERPULANG KEMBALI KEPADA TUMPUAN ATAU NIAT kita!!! Sikap minda dan habit yang NEGATIF menghasilkan HASIL YANG NEGATIF!! Begitulah sebaliknya… SIKAP MINDA & HABIT YANG POSITIF.. MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG BAIK dalam hidup.
Dari asyik mengeluh dan merungut tentang kekurangan atau cabaran yang dihadapi… LAKUKAN 5 PERKARA INI!!! :
1. SELALU UCAP SYUKUR!!! Kajian telah menunjukkan bahawa sekiranya kita mengucap SYUKUR 3 kali sehari kita akan menghasilkan TENAGA-TENAGA KERIANGAN DAN KECERIAN dalam kadar yang lebih cepat untuk aktiviti seharian kita. Kajian juga telah
menunjukkan bahawa; adalah MUSTAHIL untuk mempunyai 2 PERASAAN yang BERTENTANGAN secara serentak pada satu-satu masa, contohnya STRES dan rasa SYUKUR serentak!. 2 PERASAAN tak mampu duduk bersama dalam diri/minda kita dalam satu-satu masa. Maka, jika kita FOKUS atau PILIH untuk MENGUCAPKAN SYUKUR (menghadirkan perasaan/penghayatan dengan penuh rasa rendah hati) pada sesuatu ketika… rasa negatif akan terpadam dengan sendirinya. Rasa ini BOLEH dipanjangkan dengan UCAPAN TERIMA
KASIH, UCAPAN SEJAHTERA dan UCAPAN SALAM untuk orang-orang disekeliling juga.
2. UCAPKAN PUJI-PUJIAN - Pujilah TUHAN.. Pujilah DIRI SENDIRI dengan segala kelebihan & kejayaan (walaupun sedikit), Pujilah ahli keluarga disekeliling kita… Pujilah teman-teman atau Pujilah sesiapa sahaja yang hadir dalam kehidupan kita. Ingat!! Ikhlaslah dalam MEMUJI… Tabiat ini meningkatkan penghasilan HORMON KERIANGAN pada diri kita (dan orang yang menerima pujian itu). Ia umpama SEBUAH HADIAH untuk menyatakan rasa KESYUKURAN kita.
Wah… AURA ANDA NAMPAK CERIA HARI INI!!! (Ya!! Saya sedang bercakap dengan anda..!!)
3. FOKUS pada KEJAYAAN!! - Mulakan dengan mengambil BUKU JOURNAL PERIBADI ANDA (kalau tak ada; beli sekarang!!), setiap malam sebelum tidur; tuliskan KEJAYAAN anda hari ini.. tak kiralah sebesar manapun kejayaan tersebut. Contohnya, anda mungkin BERJAYA solat pada AWAL waktu.. atau anda mungkin berjaya buat MEDITASI (seminit!).. atau apa juga. INGAT!! KEJAYAAN BESAR BERMULA DARI KEJAYAAN YANG KECIL… bagaimana anda nak hasilkan kejayaan besar sekiranya anda tak KENAL-PASTI semua kejayaan kecil yang anda telah capai. Lakukan ini sehingga menjadi rutin.. tabiat… Kelak, anda akan tak SABAR untuk mencipta 1001 KEJAYAAN LAGI.
4. REDHA - Fokus untuk berubah.. redha dengan apa jua hakikat kehidupan yang anda lalui sekarang. Elakkan memberi tekanan kepada diri, apatah lagi mengecilkan segala yang ada pada diri. REDHA dengan pencapaian anda… berazam untuk lebih berjaya.
5. BERDOA & MEDITASI - Kajian sains telah membuktikan bahawa aktiviti BERDOA DAN MEDITASI setiap hari akan mengurangkan STRES, tingkatkan hormon KECERIAAN dan menghasilkan kehidupan yang lebih positif. Sekiranya tekanan hidup semakin KUAT… penawarnya adalah DOA & TAFAKKUR (MEDITASI) yang semakin kuat!!. SEMALAM telah berlalu, tiada apa yang boleh diubah… Hari esok akan hadir dengan segala misterinya… HARI INI ADALAH ANUGERAH.. guna anugerah ini untuk BERDOA & MERENUNG (meditasi/tafakkur) untuk kebaikkan hari esok



Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Targhib:
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?” Baginda SAW menjawab: “Jibril AS datang kepadaku, dan berkata: “Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dijauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin,” Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut “amin”. Jibril berkata lagi: “Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin.” Lalu akupun berkata: “Amin”. Berkata Jibril lagi: “Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin.” Lalu akupun menyebut: “Amin.”