wawaddah

Wednesday, September 10, 2008


Amalan 5 Perkara Positif
Writing by amar on Saturday, 21 of June , 2008 at 4:22 pm
Kita diberikan PILIHAN untuk memiliki kehidupan yang POSITIF ATAU NEGATIF. Kita boleh fokus pada MASALAH atau menjadikan masalah SEBAGAI TITIK CABARAN untuk memajukan diri atau BERUBAH. Malah kita boleh menumpukan untuk menjanakan ENERGI YANG POSITIF atau ENERGI NEGATIF terhadap segala isu kehidupan. SEGALANYA TERPULANG KEMBALI KEPADA TUMPUAN ATAU NIAT kita!!! Sikap minda dan habit yang NEGATIF menghasilkan HASIL YANG NEGATIF!! Begitulah sebaliknya… SIKAP MINDA & HABIT YANG POSITIF.. MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG BAIK dalam hidup.
Dari asyik mengeluh dan merungut tentang kekurangan atau cabaran yang dihadapi… LAKUKAN 5 PERKARA INI!!! :
1. SELALU UCAP SYUKUR!!! Kajian telah menunjukkan bahawa sekiranya kita mengucap SYUKUR 3 kali sehari kita akan menghasilkan TENAGA-TENAGA KERIANGAN DAN KECERIAN dalam kadar yang lebih cepat untuk aktiviti seharian kita. Kajian juga telah
menunjukkan bahawa; adalah MUSTAHIL untuk mempunyai 2 PERASAAN yang BERTENTANGAN secara serentak pada satu-satu masa, contohnya STRES dan rasa SYUKUR serentak!. 2 PERASAAN tak mampu duduk bersama dalam diri/minda kita dalam satu-satu masa. Maka, jika kita FOKUS atau PILIH untuk MENGUCAPKAN SYUKUR (menghadirkan perasaan/penghayatan dengan penuh rasa rendah hati) pada sesuatu ketika… rasa negatif akan terpadam dengan sendirinya. Rasa ini BOLEH dipanjangkan dengan UCAPAN TERIMA
KASIH, UCAPAN SEJAHTERA dan UCAPAN SALAM untuk orang-orang disekeliling juga.
2. UCAPKAN PUJI-PUJIAN - Pujilah TUHAN.. Pujilah DIRI SENDIRI dengan segala kelebihan & kejayaan (walaupun sedikit), Pujilah ahli keluarga disekeliling kita… Pujilah teman-teman atau Pujilah sesiapa sahaja yang hadir dalam kehidupan kita. Ingat!! Ikhlaslah dalam MEMUJI… Tabiat ini meningkatkan penghasilan HORMON KERIANGAN pada diri kita (dan orang yang menerima pujian itu). Ia umpama SEBUAH HADIAH untuk menyatakan rasa KESYUKURAN kita.
Wah… AURA ANDA NAMPAK CERIA HARI INI!!! (Ya!! Saya sedang bercakap dengan anda..!!)
3. FOKUS pada KEJAYAAN!! - Mulakan dengan mengambil BUKU JOURNAL PERIBADI ANDA (kalau tak ada; beli sekarang!!), setiap malam sebelum tidur; tuliskan KEJAYAAN anda hari ini.. tak kiralah sebesar manapun kejayaan tersebut. Contohnya, anda mungkin BERJAYA solat pada AWAL waktu.. atau anda mungkin berjaya buat MEDITASI (seminit!).. atau apa juga. INGAT!! KEJAYAAN BESAR BERMULA DARI KEJAYAAN YANG KECIL… bagaimana anda nak hasilkan kejayaan besar sekiranya anda tak KENAL-PASTI semua kejayaan kecil yang anda telah capai. Lakukan ini sehingga menjadi rutin.. tabiat… Kelak, anda akan tak SABAR untuk mencipta 1001 KEJAYAAN LAGI.
4. REDHA - Fokus untuk berubah.. redha dengan apa jua hakikat kehidupan yang anda lalui sekarang. Elakkan memberi tekanan kepada diri, apatah lagi mengecilkan segala yang ada pada diri. REDHA dengan pencapaian anda… berazam untuk lebih berjaya.
5. BERDOA & MEDITASI - Kajian sains telah membuktikan bahawa aktiviti BERDOA DAN MEDITASI setiap hari akan mengurangkan STRES, tingkatkan hormon KECERIAAN dan menghasilkan kehidupan yang lebih positif. Sekiranya tekanan hidup semakin KUAT… penawarnya adalah DOA & TAFAKKUR (MEDITASI) yang semakin kuat!!. SEMALAM telah berlalu, tiada apa yang boleh diubah… Hari esok akan hadir dengan segala misterinya… HARI INI ADALAH ANUGERAH.. guna anugerah ini untuk BERDOA & MERENUNG (meditasi/tafakkur) untuk kebaikkan hari esok

No comments: